HOMEPAGE JABATAN FARMASI
Kandungan
Pengenalan
Fungsi Unit Farmasi
Perkhidmatan Pesakit Luar
Perkhidmatan Pesakit Dalam
Perkhidmatan Bekalan
Pada awal penubuhan, Hospital Labuan dikenali dengan nama Rumah Sakit Labuan. Pada sekitar tahun empat puluhan sehingga awal tujuh puluhan agihan dan penyediaan ubat-ubatan dilakukan oleh Penolong Jururawat dengan seliaan Pembantu Perubatan. Tiada unit khas bagi mengurus perolehan dan bekalan ubat-ubatan.
Pada awal tujuh puluhan seorang Pembantu Farmasi di tempatkan di Hospital Labuan. Pada masa tersebut Unit Farmasi dikenali dengan nama Dispensari. Luasnya hanya 16 kaki x 16 kaki dan berkongsi tempat dengan tempat simpanan ‘case note’ pesakit dan hanya mempunyai satu kaunter dispensing sahaja. Perkhidmatan yang diberikan adalah membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luar dan bekalan ‘floor stock’ secara traditional ke 2 buah wad dan juga bekalan ke Pusat Kesihatan. Jumlah pesakit luar pada masa itu adalah lebih kurang 80 pesakit sehari dan 10 pesakit dalam sehari dari dua wad yang beroperasi. Perkhidmatan Farmasi dikendalikan oleh seorang Pembantu Farmasi sehingga awal lapan puluhan.
Pada awal lapan puluhan pengubahsuaian unit Farmasi diluluskan bagi megujudkan satu Unit Farmasi yang tersendiri dan tidak berkongsi tempat dengan unit-unit lain. Ini adalah kerana Unit Farmasi memerlukan kawasan yang lebih luas dan bersih bagi membuat persediaan galenikal dan dispensing yang teratur dan bermutu. Pada masa tersebut Unit Farmasi dikendalikan oleh dua orang Pembantu Farmasi.
Pada pertengahan tahun lapan puluhan seorang Pegawai Farmasi buat pertama kalinya telah ditempatkan di Hospital Labuan. Perkhidmatan Farmasi telah dipertingkatkan dengan pengubahsuaian yang lebih besar dilakukan bagi menempatkan satu bilik Pegawai Farmasi, Substore, bilik persediaan galenikal dan kaunter dispensing yang lebih luas iaitu sebanyak 3 kaunter. Kaunter dispensing dilengkapi dengan alat ‘Public Address System ‘ bagi memudahkan pesakit dipanggil. Sistem Unit of Use bagi bekalan pesakit dalam diperkenalkan kepada dua buah wad iaitu wad perempuan dan wad lelaki. Pada masa ini jumlah pesakit luar telah meningkat kepada lebih kurang seratus orang sehari .
Pada 10 Jun 1995 Hospital Labuan telah berpindah operasinya ke bangunan baru yang berkonsepkan nukleus. Perkhidmatan yang diberikan hanyalah bagi pesakit dalam manakala perkhidmatan bagi pesakit luar masih dijalankan di hospital lama.
2 aspek utama:
1. Perkhidmatan Farmasi Klinikal di mana semua pesakit yang menerima rawatan di hospital diberikan "Pharmaceutical -Care" yang optima berdasarkan keperluan setiap individu.
2. Pengurusan pembekalan ubat-ubatan dan alat-alat perubatan yang meliputi aktiviti-aktiviti perolehan, penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran persediaan farmaceutikal khas untuk dibekalkan kepada pesakit-pesakit di wad-wad melalui Farmasi Satelit dan pesakit-pesakit luar melalui Farmasi Pesakit Luar dan Klinik-klinik Kesihatan.
PENTADBIRAN.
Unit Farmasi Hospital Labuan diselia oleh seorang Pegawai Farmasi U3 yang bertanggujawab pada keseluruhannya untuk mentadbir semua Unit Farmasi dan Stor Farmasi Hospital. Beliau bertanggungjawab merancang dasar operasi dan prosedur Unit Farmasi Hospital, organisasi, mengawal sumber kewangan bagi memastikan bekalan ubat dan bukan ubat sentiasa mencukupi dan mengawas aktiviti-aktiviti farmasi bagi memastikannya selaras dengan piagam pelanggan.
Kakitangan:
Unit Farmasi Hospital Labuan mempunyai seorang Pegawai Farmasi U3, Lapan orang Pembantu Farmasi U8, seorang Penyelenggara stor N9, seorang Penyelenggara Stor Rendah N11, dan dua orang Atendan Kesihatan N16. (Sila rujuk carta organisasi)
Pada Tahun 1996 dua orang kakitangan Farmasi telah dianugerahi Khidmat Cemerlang (Pergerakan gaji Melintang) iaitu En. Jaafar Hj. Mohamad -Pembantu Farmasi dan (Pergerakan gaji Menegak ) En.Wahid Hj. Nasir -Penyelenggara Stor Rendah.
Pada Tahun 1997 dua orang lagi kakitangan Farmasi telah dianugerahi Khidmat Cemerlang iaitu En. Osman Mattaim -Atendan Kesihatan (Melintang) dan En. Sim Chin Yeong- Pembantu Farmasi (Menegak)
Pada Tahun 1997 dua orang lagi kakitangan Farmasi telah dianugerahi Khidmat Cemerlang iaitu En. Osman Mattaim -Atendan Kesihatan (Melintang) dan En. Sim Chin Yeong- Pembantu Farmasi (Menegak)
PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT LUAR.
Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar dikendalikan oleh tiga orang Pembantu Farmasi U8 dengan jumlah pesakit purata 200 orang sehari.
Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar ditempatkan di bangunan hospital lama dan pengurusan kakitangan dan perkhidmatan dibuat oleh pihak Pejabat Kesihatan Labuan, manakala perbelanjaan di kawal oleh Hospital.
Objektif:
1. Membekalkan ubat bagi semua preskripsi yang diterima dari pesakit luar mengikut masa dan mutu seperti yang dijanjikan dalam Piagam Pelanggan
2. Meningkatkan tahap pengetahuan pesakit mengenai segala aspek ubat-ubatan yang diterima.
Statistik: Bil Preskripsi diterima dan Bil Item yang dibekal oleh Pesakit Luar dari 1995 - 1998:
TAHUN |
BIL. PRESKRIPSI DITERIMA |
BIL. ITEM DIBEKAL |
PRESKRIPSI 'QUERY' |
PRESKRIPSI ' WRONGLY DISPANSED ' |
1995 |
54,906 |
168,959 |
233 |
Nil |
1996 |
58,378 |
173,035 |
421 |
Nil |
1997 |
55,090 |
173,615 |
480 |
Nil |
1998(Jun ) |
28,078 |
77,946 |
615 |
Nil |
Purata masa menunggu: 5 minit
Perkhidmatan ini dimulakan pada bulan Oktober, 1997 oleh Pegawai Farmasi, mengikut jadual iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat mulai 09.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
Pesakit luar juga diberi kaunseling ubat-ubatan secara individu. Pesakit yang terpilih sahaja seperti pesakit hypertensi, diabetes mellitus, asthma dan orang tua di beri kaunseling.
BULAN |
JUMLAH PESAKIT DI KAUNSEL | |||||||||
HPT |
DM |
BR. ASTHMA |
LAIN-LAIN | |||||||
1997 |
90 |
28 |
27 |
33 | ||||||
1998 |
Jan |
23 |
8 |
4 |
5 | |||||
Feb |
22 |
11 |
6 |
5 | ||||||
Mac |
62 |
10 |
20 |
10 | ||||||
Apr |
8 |
1 |
3 |
1 | ||||||
Mei |
41 |
7 |
7 |
4 | ||||||
Jun |
42 |
15 |
10 |
2 |
PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT DALAM.
Perkhidmatan Farmasi Pesakit dalam di bahagikan kepada 3 bahagian.
2. Bekalan Wad
3. Klinik Pakar dan
TAHUN |
BIL. WAD / UNIT | |
1995 |
4 | |
1996 |
5 | |
1997 |
7 | |
1998 |
8 |
Statistik Jumlah Preskripsi di selenggara dan Bil Item dibekal dari Farmasi Satelit.
TAHUN |
BIL. PRESKRIPSI |
BIL. ITEM DIBEKAL |
1995 |
13,640 |
30,801 |
1996 |
11,593 |
27,010 |
1997 |
13,355 |
31,229 |
Jun, 1998 |
7,812 |
17,975 |
Bekalan ubat-ubatan ke wad-wad adalah menggunakan sistem " unit-of-use" secara seratus peratus.
"Bed-side dispensing" mula diperkenalkan pada awal 1997, tetapi kurang berkesan kerana beberapa masalah teknikal. Kajian mengenai keberkesanan dan kebaikan kepada pesakit sedang di jalankan dan diharap perkhidmatan ini dapat dijalankan semula.
Farmasi Satelit diselenggara oleh dua orang Pembantu Farmasi U8. Waktu perkhidmatan adalah setiap Isnin hingga Sabtu mengikut waktu-waktu pejabat dan hari Ahad dan Kelepasan Am mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Bekalan Wad dan Pengeluaran.
Bahagian ini membekalkan Disinfectan, "floor stock " kepada unit dan wad dan membuat persediaan galenikal luaran dan dalaman untuk penggunaan pesakit dalam dan juga pesakit luar.
BEKALAN WAD:
TAHUN |
BIL. INDEN DIPROSES |
BIL ITEM DI BEKAL |
1995 |
909 |
6,458 |
1996 |
1,155 |
9,319 |
1997 |
1,101 |
7,443 |
Jun 1998 |
505 |
3,266 |
PENGELUARAN:
TAHUN |
BIL. PERSEDIAAN DI BUAT |
JUMLAH PERSEDIAAN (L/KG) |
1995 |
900 |
2055 |
1996 |
1262 |
3038 |
1997 |
1412 |
3084 |
Jun 1998 |
800 |
1407 |
Bahagian ini dikendalikan oleh seorang Pembantu Farmasi U8.
Pengurangan jumlah / kuantiti persediaan pada tahun 1997 dan 1998 adalah kerana kebanyakan sediaan yang telah siap di perolehi terus dari Pembekal dan juga polisi Kementerian mengurangkan produk yang disediakan sendiri oleh hospital bagi menjamin mutu dan mengelakkan kontiminasi.
Klinik Pakar dan Pre-Packing.
Kaunter Farmasi Klinik Pakar mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997. Ia dikendalikan oleh seorang Pembantu Farmasi U8.
TAHUN |
JUMLAH PRESKRIPSI DITERIMA |
PRESKRIPSI " QUERY " |
ITEM DI BEKAL |
1997 |
2,136 |
93 |
5,112 |
Jun, 1998 |
1,826 |
814 |
4,534 |
Perkhidmatan diberikan kepada pesakit dari Klinik Pakar Bedah, Pakar O&G, Pakar Perubatan, Orthopaedik dan A & E dan juga "Visiting Specialist " seperti Pakar ENT, Dermatologist, Eye dan Psiakiatrik.
PERKHIDMATAN BEKALAN FARMASI HOSPITAL.
Unit ini memberikan khidmat pembelian dan pembekalan ubat-ubatan dan bahan bukan ubat untuk semua unit hospital dan Klinik Kesihatan di W.P.Labuan.
Stor bagi penyimpanan bahan-bahan tersebut terbahagi kepada 4 bahagian iaitu
1. Stor Ubat-ubatan seluasnya 14M x 11M, berhawa dingin dan mempunyai satu bilik sejuk seluas 3.3M x 5M yang dibina bersebelahan dengan stor ubat-ubatan.
2. Stor Bahan Bukan Ubat seluas 14M x 8M, berhawa dingin .
3. Stor alat-alat domestik dan bahan mentah seluas 14M x 11M.
4. Stor item-item mudah terbakar (inflammable) seluas 6.6M x 6.6M.
Objektif:
1. Memastikan bekalan ubat-ubatan dan barangan perubatan mencukupi dan berterusan dengan kos minima dan dalam tempoh masa yang singkat.
2. Menyediakan perkhidmatan perolehan,penyimpanan dan peragihan barang yang dipesan oleh semua unit pemesan.
3. Memperolehi ubat-ubatan dan bukan ubat dari Pembekal iaitu Pusat bekalan Farmasi Negeri dan Remidi Pharmaceutikal secara berkala dan sistematik.
4. Memastikan barang-barang disimpan secara teratur dengan berpandukan Tatacara Pengurusan Stor.
Perkhidmatan Pra-Bungkus.
Perkhidmatan pra-bungkus memastikan ubat-ubat biji, persediaan internal dan eksternal yang diperolehi secara pukal di bungkus semula kepada bungkusan saiz kecil yang sesuai dan lengkap dengan label arahan penggunaan serta label-label amaran untuk terus didispen kepada pesakit.
Bahagian ini dikendalikan oleh seorang Pembantu Farmasi U8. Mempunyai 2 unit alat pra-bungkus tablet dan 2 unit alat pra-bungkus galenikal.
Objektif.
1. Mengurangkan masa mendispen ubat kepada pesakit di Farmasi Pesakit Luar & Farmasi Satelit seterusnya mengurangkan masa menunggu untuk pesakit.
2. Mengurangkan kesilapan mendispen ubat kerana ubat-ubat yang diprabungkus telah dilabel dengan betul mengikut kelompok dan tarikh luput.
Last Revised: