VISI 2010 PERKHIDMATAN FARMASI

HOSPITAL TUARAN.

 

 

PENGENALAN

 

Visi 2010 perkhidmatan Farmasi Hospital Tuaran ialah membentuk unit yang dikendalikan oleh  spara profesional ,perkhidmatan yang cukup dedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak program untuk membina anggota yang berpengetahuan, ,bermotivasi,berpasukan serta sopan dan beritikad.

 

Menghasilkan perkhidmatan Farmasi yang adil tanpa mengira kaum dan agama, penduduk bandar atau luar bandar dan untuk mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna,berkualiti,selamat dan berkesan termasuk nasihat penggunaan secara rasional.

 

Visi ini boleh tercapai dengan merangka strategi secara terperinci dan teratur.Ini menjadi tanggungjawab setiap anggota sama ada golongan atasan mahupun golongan bawahan sebagai  pendorong untuk pelaksanaan visi tersebut.

 

Bagi mencapai Visi 2010 perancangan dan strategi perlu diadakan. Salah satunya ialah .pengubahsuaian kaunter Farmasi daripada kaunter tertutup kepada kaunter terbuka.Ini membolehkan Pembantu Farmasi dapat berkomunikasi secara lebih berkesan kepada para pesakit tentang penggunaan ubat-ubatan.

 

 

 

 

PERKHIDMATAN FARMASI HOSPITAL SEKARANG

 

 

-          Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar mengunakan sistem “double checking”..

-          Kaunter Express diwujudkan untuk mempercepatkan pembekalan terutamanya kepada wargatua,ibu dan anak-anak kecil,untuk preskripsi yang mengandungi satu hingga dua item sahaja,untuk kakitangan kerajaan yang beruniform  serta kakitangan hospital.

-          Perkhidmatan kaunseling diberi kepada pesakit yang menghidap darah tinggi,kencing manis,dan pesakit yang baru menggunakan inhaler.

-          Mengendalikan prepacking ubat-ubatan seperti tablet,syrup,lotion, dan cream.

-          Integrasi stor dimana bekalan ubat-ubatan diedarkan ke klinik kesihatan kawasan dan klinik Kesihatan Ibu dan Anak kawasan Tuaran.

 

STRATEGI UNTUK MENCAPAI VISI 2010

 

 

4.1.1.     PHARMACEUTICAL CARE.

 

 

-          Mewujudkan satu jawatan Pegawai Farmasi supaya kerja-kerja pengurusan Farmasi dapat dilaksanakan sepenuhnya.

-          Menambah bilangan Pembantu Farmasi apabila diwujudkan perkhidmatan wad Farmasi kelak

-          Dua orang Pembantu Farmasi ditempatkan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA).Seorang akan mengikuti program ke sekolah-sekolah dan seorang lagi melaksanakan tanggungjawab di KKIA..

-          Mewujudkan dua orang Pembantu Farmasi di setiap Klinik kesihatan dan seorang attendan untuk tugas-tugas tertentu dalam Farmasi.

-          Mewujudkan penyelenggara stor kanan N9,dua orang penyelenggara stor N9, penyelenggara stor rendah dan attendan stor .

-          Mewujudkan seorang attendan yang bertugas di bahagian farmasi pesakit luar dan  seorang lagi bertugas di bahagian farmasi pesakit dalam iaitu wad farmasi.

 

 

 

4.3   DRUG EDUCATION

 

 

-          Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi maklumat “ Back-up ” untuk perkhidmatan farmasi Klinikal dan memberi jawapan secara lisan atau bertulis mengenai ubat –ubatan atau keracunan kepada pelanggan.Perkhidmatan ini memerlukan seorang Pegawai Farmasi dan ruang atau tempat yang sesuai untuk tujuan ini.Keperluan seperti Komputer ,mesin Fotostate dan program Internate mampu melengkapkan lagi perkhidmatan ini. Pada masa ini, CME (Continuos Medical Education) diberi pada setiap hari Jumaat untuk kakitangan sahaja.Pada tahun 2010,dicadangkan perkhidmatan ini diberi khusus kepada pesakit kencing manis,pesakit darah tinggi dan mereka yang mempunyai asma..

 

 

 

4.4  PHARMACY MANAGEMENT

 

 

-          Mewujudkan Pentadbiran  Farmasi yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mentadbir semua unit farmasi dan stor dengan merancang dasar operasi dan prosedur jabatan menerusi pelan tindakan untuk peruntukan sumber kewangan ,pengurusan aktiviti,penyediaan laporan kemajuan dan tahap pencapaian matlamat.

-          Galakan menggunakan nama generik ubat-ubatan sedang dilaksanakan dan menjelang tahun 2010 nanti, penggunaan nama generik dapat dilaksanakan sepenuhnya.Selain itu,pempreskripsi perlu meminimakan item yang dibekalkan kepada tiga item sahaja untuk satu preskripsi.

-     Menyediakan peralatan seperti komputer,Hot On Line serta talian internet.

 

Semua Pembantu Farmasi secara automatik menjadi ahli PEMADAM dan diberi kebenaran    untuk mengikuti spot check bagi tujuan anti dadah di tempat-tempat tertentu bersama dengan Pegawai Kesihatan dan Inspektor Kesihatan.

 

Menjelang tahun 2010 diharap kaunter Farmasi akan mengamalkan ‘open concept counter’ seperti di bank-bank bagi memudahkan Pembantu farmasi berinteraksi dengan para pesakit secara muka ke muka.    Bagi tujuan ini kaunter Farmasi perlulah dipasang dengan ‘air curtain’ bagi mengelakkan dari berlakunya jangkitan keatas Pembantu Farmasi yang bertugas di Kaunter memandangkan konsep terbuka ini menyebabkan risiko dijangkiti tinggi.

 

‘Numbering system’  di semua bahagian Farmasi di seluruh Sabah perlulah diseragamkan (contoh ‘numbering system’ seperti di Bahagian Farmasi Hospital Tawau).  Ini  membolehkan bahagian ini berfungsi dengan lebih canggih, berkesan dan mengurangkan timbulnya masalah pesakit mengambil ubat orang lain.

 

Lobi menunggu bagi kaunter pendaftaran dan kaunter Farmasi dikongsi bersama dan ini menimbulkan masalah bila terlalu ramai pesakit yang menunggu untuk didaftarkan, tempat menunggu yang sepatutnya diguna oleh pesakit yang menunggu bekalan ubat digunapakai oleh mereka.  Oleh itu dicadangkan sebelum tahun 2010, lobi bahagian Farmasi diasingkan dari kaunter Pendaftaran    (close up waiting area), dipasang dengan penyaman udara dan disediakan kerusi yang khas bagi memberi keselesaan bagi pesakit.

 

Menjelang tahun 2010, bahagian Farmasi perlu ada tempat ‘manufacturing’ sendiri termasuk alat-alat menimbang dan ‘distiller’ yang berasingan dengan ruang kaunter Farmasi memandangkan Hospital Tuaran akan ada wad tidak lama lagi dan buat masa ini Hospital Tuaran sudah ada Doktor Pakar dan dari masa ke semasa Doktor memerlukan persediaan extemporaneous dibuat dan tempat yang ada sekarang kuran ‘hygenic’.

 

Bagi kemudahan kakitangan di bahagian Farmasi, perlu ada bilik air yang khas memandangkan pada masa ini bilik air untuk kakitangan berada 50 meter dari bahagian Farmasi dan berlakunya pembaziran masa.

 

Kenderaan khas amat diperlukan  bagi memudahkan pengangkutan ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan  terutamanya dari Pusat Bekalan Farmasi Negeri memandangkan kenderaan yang digunapakai sekarang adalah terhad penggunaannya dan dikhaskan bagi pesakit-pesakit sahaja.  Kenderaan yang diguna ialah ambulan dan ruang terhad.    

 

Peruntukkan  ‘Stationery’  bagi bahagian Farmasi juga perlu diberi memandangkan peruntukkan yang diberi oleh pejabat dikongsi bersama oleh semua unit termasuk 10 pusat kesihatan dan 3 KKIA.  Ini bagi melicinkan pentadbiran dan kerja-kerja penulisan.

 

Talian telefon bagi tujuan internet juga perlu memandangkan banyak perkara boleh diperolehi memlalui internet terutama risalah atau kajian terbaru di laman web dan memudahkan perhubungan dengan mana mana pusat termasuk ibu pejabat dala, surat-menyurat dan menghantar laporan kerana adalah lebih canggih, mudah berkesan dan cepat  sekiranya segala urusan dibuat melalui laman web.

 

 

4.5 CLINICAL PHARMACY

   

Perkhidmatan ini belum dapat dilaksanakan lagi kerana hospital ini belum mempunyai Pegawai Farmasi,tempat yang terhad dan tidak ada wad.Bagaimanapun,menjelang tahun 2010 diharapkan perkhidmatan ini dapat dilaksanakan untuk menampung bilangan pesakit yang semakin ramai dan lebih berpengetahuan luas.Dalam Rancangan Malaysia ke-8,dijangka akan diwujudkan wad di hospital ini dan ia bergantung  kepada budi bicara antara Jabatan Farmasi dengan Pegawai Kesihatan Kawasan mengenai rancangan berkenaan.

Sehubungan itu,semua kakitangan farmasi perlu diberi pendedahan awal dan latihan dalam mengendalikan ini agar bila ianya terlaksana kelak,Pembantu Farmasi kita akan lebih  kompetent sejajar dengan seruan kerajaan untuk bijak dalam teknologi maklumat. 

 

 

 

4.6 PUBLIC HEALTH PHARMACY

 

 

- Perkhidmatan untuk memberi pendidikan mengenai ubat-ubatan kepada orang awam masih belum dapat dilaksanakan lagi kerana kekurangan kakitangan farmasi.Cadangan untuk mewujudkan jawatan Pegawai Farmasi Kesihatan yang berperanan memberi ceramah kepada orang awam atau pelajar sekolah perlu dipertimbangkan.Media massa juga perlu melampirkan panduan pengambilan ubat-ubatan yang betul ,kaedah penyimpanan ubat yang sesuai dan panduan pemakanan yang rasional kepada pesakit darah tinggi,kencing manis dan asma.Selain itu,’laman web’ membolehkan pesakit mengetahui lebih lanjut tentang pengambilan ubat-ubatan mereka.

 

 

 

 

 

4..2.1 MEDICAL SUPPLIES

 

-          Integrasi stor dikendalikan dengan membekalkan barangan ubat-ubatan dan bukan ubat kepada 14 buah pusat kesihatan termasuk Hospital Tuaran sendiri.  Sejumlah besar ubat-ubatan dan bukan ubat diperolehi dari REMEDI untuk 14 buah pusat kesihatan dan untuk 11 buah pusat kesihatan lagi diperolehi dari PBFN.

-          Menjelang tahun 2010, kerjasama daripada semua pihak adalah perlu untuk mempastikan pembekalan ubat-ubatan dan bukan ubat yang berterusan terutama sekali ubat-ubat yang penting seperti ubat darah tinggi,kencing manis dan asma.

-          Mempastikan REMEDI dan PBFN bertanggungjawab untuk membekal, menghantar dan mengendalikan ubat-ubatan dan bukan ubat dengan cekap pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.

-          Mempastikan semua pesanan –pesanan dihantar 2 minggu sebelum tarikh tutup penghantaran .

 

Di jangka juga semua pengindenan dan yang berkaitan dengan pemesanan akan dibuat secara komputer.  Ini untuk memudahkan jawapan segera diperolehi dan boleh berinteraksi dengan semua pusat sekiranya ada masaalah yang timbul berkenaan dengan pengindenan.  Ini perlulah deilakukan dengan wujudnya talian langsung seperti e-mail/internet dengan semua pusat.

 

Semua pusat kesihatan perlulah dibekalkan dengan sebuah komputer khas untuk  urusan stor dan berkaitan dengan Farmasi kerana tanpa komputer tersebut, usaha ini tidak akan tercapai .  Penggunaan komputer sepenuhnya juga membolehkan perhubungan lebih dekat dan cepat memandangkan terdapat pusat-pusat kesihatan yang tidak dapat dihubungi melalui telepon pada masa ini.  Dijangka juga bahawa talian telepon akan disambung ke tempat-tempat tersebut menjelang penghujung tahun 2000.

 

 

 

4.13     RATIONAL USE OF DRUGS

 

Pempreskripsi masih kurang pengetahuan mengenai kontraindikasi, polifarmasi dan ‘dosage’ ubat-ubatan serta “precaution” dalam mempreskripsikan ubat-ubatan kepada pesakit.Adakalanya   mereka tidak melihat kepada keadaan pesakit sama ada mereka ada ‘renal failure’,mengandung,menyusukan bayi dan sebagainya.

 

Oleh itu, matlamat farmasi untuk tahun 2010 ialah menambahkan pengetahuan semua pembantu farmasi dalam semua jenis ubat-ubatan di samping meningkatkan kemahiran dalam membuat ‘screening’ sepenuhnya semua preskripsi yang diterima  dan di beri kebenaran  untuk :

a.                  menghantar balik preskripsi yang bermasalah kepada pempreskripsi bagi mengelakkan  sebarang kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku. 

b.                  memaklumkan kepada pempreskripsi tentang rasionalnya penggunaan ubat itu,,justifikasi serta  kesan sampingannya.

c.                  mengemukakan cadangan dan alternatif lain berkaitan dengan ubat yang dipreskripsikan menerusi  BNF, MARTINDALE dan sebagainya kepada pempreskripsi.

 

 

 

 

KESIMPULAN

 

                  Sememangnya semua jabatan perlu adanya visi tertentu bagi membolehkan semua kakitangan  berinisiatif untuk mencapai suatu matlamat seperti yang telah dihuraikan dan kita mendapat satu gambaran yang jelas untuk mempersiapkan diri kita sebagai kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan sehingga menjelang tahun 2010. Justeru itu,sokongan dan dorongan dalam memberi tunjuk ajar amat penting antara satu sama lain sebagai satu bumbung bagi melahirkan kakitangan yang bermotivasi dan bukanlah dengan cara memberi tekanan dan paksaan semata-mata.Tanggungjawab pihak atasan amat diperlukan sebagai pemimpin yang mempunyai pemahaman psikologi dan pemikiran yang baik.Contohnya,memberi perkhidmatan kaunseling kepada kakitangan yang bermasalah seterusnya memberi bimbingan untuk menyelesaikan masalah berkenaan.Penambahan Pembantu Farmasi di hospital dan pusat-pusat kesihatan juga amat penting  bagi membolehkan tugas-tugas ini dilaksanakan dengan lebih  efektif, spesifik.Oleh itu,sokongan penuh daripada semua pihak dan peruntukan kewangan yang sewajarnya adalah perlu untuk merealisasikan visi ini.