VISI 2010 UNTUK PERKHIDMATAN FARMASI

JABATAN FARMASI HOSPITAL QUEEN ELIZABETH

 

 

     1.   Visi 2010 Untuk Jabatan Farmasi

 

Untuk memberi Perkhidmatan Farmasi yang terbaik demi Kesihatan Kesihatan dan Kesejateraan pendudukan di kawasan Kota Kinabalu khasnya dan di seluruh Sabah amnya.

 

  1. Mangapa Jabatan Farmasi Perlu adakan Visi ini

 

Mengadakan satu wawasan adalah sebagai tuju arah di mana Jabatan Farmasi akan mencapai taraf perkhidmatan dan seterusnya rancangan-rancangan yang terperinci akan diadakan untuk mencapai wawasan ini dalam tempuh sepuluh yang akan datang.

 

3.      Bagaimana Untuk Mencapai Visi ini

 

Terdapat banyak cara untuk mencapai wawasan 2010 ini dan antaranya adalah seperti berikut :

 

3.1.  Mengadakan rancangan-rancangan terperinci supaya visi kita dapat tercapai

3.2.  Mengariskan standard untuk visi kita dan kemudian menilai sama ada standard yang ditetap itu tercapai atau tidak.

3.3.  Menyimpan rekod-rekod dan stastitik sama ada dalam bentuk gambar atau angka dan membuat perbandingan setiap tahun sama ada tercapai peningkatan dalam perkhidmatan kita atau tidak.

3.4.  Memperolehi makluman daripada pesakit-pesakit sendiri secara kajian secara temuduga atau ‘questionairs’ untuk menilai visi itu tercapai atau tidak.

3.5.  Mengadakan kempen kesaran kepada pesakit untuk mempromosikan visi kita dan meminta kerjasama dan mendapati idea atau pendapat mereka untuk menolong kita mencapai visi lebih awal dari yang dirangkakan iaitu dalam tempuh sepuluh tahun ini.

3.6.  Mengadakan strategi-strategi tertentu supaya visi dapat dicapai.

 

4.      Konsep “Paradigm shift’ atau “target visionary’ dalam perkara seperti berikut :

 

4.1.  Pharmaceutical care

Konsep ‘pharmaceutical care‘ ialah satu provisi bertanggungjawab untuk

terapi ubat-ubatan bagi tujuan mencapai sasaran yang definite untuk meningkat mutu kehidupan seseorang pesakit.

 

 

 

 

 

 

 

 

-         2 –

 

4.1.1.   Keadaan sekarang

 

Orang ramai tidak tahu tentang konsep ini kerana konsep ini

baru diterima oleh WHO sejak beberapa tahun yang lalu.

 

4.1.2.   Sasaran Kita

 

Tujuan Jabatan Farmasi ialah untuk menyampaikan konsep ini kepada semua pendudukan di Kota Kinabalu khasnya dan di Sabah amnya dalam tempuh sepuluh tahun yang akan dating.

 

4.1.3.   Strategi kita

 

*          Untuk mengadakan risalah tentang konsep ini kepada orang ramai.              

*          Untuk mengadakan poster tentang ini kepada orang ramai.

*          Untuk mengadakan pamiran dan ‘road show’ dalam promoting imej farmasi. 

           

4.2.      Pengurusan Farmasi

 

4.2.1.         Keadaan Sekarang

 

Semua pengurus dalam bidang farmasi menjalankan tugas pengurusan Farmasi melalui pengalaman masing-masing atau belajar daripada kawan-kawan mereka semata-mata.

 

4.2.2.        Sasaran Kita

 

* Semua pengurus Farmasi hendaklah pakar dalam pengurusan farmasi.

 

4.2.3.        Strategi kita

 

·        Semua pengurus farmasi akan diberi peluang untuk menghadiri kursus    

atau latihan dalam bidang pengurusan farmasi .

·        Mencapai persijilan MS ISO 9002 bagi Hospital Queen Elizabeth yang

melibat Jabatan Farmasi dalam tahun 2000.

 

 

 

 

 

 

           

                                                              – 3 -

 

 

4.3.      Latihan

 

4.3.1.      Keadaan sekarang

 

*             Jabatan Farmasi memberikan latihan amal kepada Pembantu Farmai Pelatih tahun pertama dari Kolej Pembantu Farmasi dan Institut Teknologi Mara.

 

4.3.2.      Sasaran atau ‘goals’ kita

 

*             Jabatan Farmasi berhasrat untuk memberikan latihan yang bermutu tinggi kepada pelatih  semua latihan yang diberikan adalah yang terbaik sekali dalam Negara.

 

4.3.3.      Strategi kita

 

·        Menyemak panduan latihan dan mempebaiki system latihan yang diberikan

selama ini.              

·        Merancang strategi latihan baru dengan panduan kepada latihan yang sedang ada di dunia.

 

4.4.                 Farmasi Klinikal

 

4.4.1.      Keadaan sekarang

 

Jabatan Farmasi terdapat Farmasi Klinikal berikut :

 

·        Perkhidmatan Farmasi Farmakokinetik

·        Perkhidmatan Farmasi  Onkologi

·        Perkhidmatan “Total Parenteral Nutrition”

dan “Intravenous Additive”

·        Perkhidmatan Malumat ubat dan racun

·        Perkhidmatan Farmasi Wad

·        Perkhidmatan Kaunselling ubat-ubatan

 

Semua perkhidmatan yang tersebut sedang diberikan itu

belum lagi tercapai tahap yang berbanggakan iaitu masih

belum boleh dikira sebagai satu pusat kecemerlangan.

       

 

 

 

 

 

                                                      – 4 –

 

 

4.4.2.      Sasaran kita

 

·        Untuk melaksanakan semua perkhidmatan seperti yang

tersebut dalam panduan penilaian pusat kecemerlangan

dalam Farmasi Klinikal.

 

·        Semua Pegawai Farmasi mempunyai

kelayakan ‘post graduate’ supaya nasihat mereka

akan diterima doctor-doktor berkenaan.

 

·        Semua Jawatan Pegawai Farmasi hendaklah disikan dengan

Pegawai Farmasi yang berkelakan ‘post graduate’ atau

diberikan latihan untuk memperolehi kelayan ‘post graduate’.

 

·        Menjadikan satu dari Perkhidmatan Klinikal sebagai pusat kememerlangan.

 

·        Mennjadikan hospital Quuen Elizabeth di’akreditasikan’ dalam tahun 2001.

 

4.4.3        Strategi kita

 

·        Mengadakan program terperinci untuk memberikan

penjelasan tentang semua keperluan dan kreteria

untuk menjadikan Farmasi Klinikal sebagai pusat

kecemerlangan kepada semua anggota Farmasi khasnya

dan anggota hospital amnya.

           

·        Mengadakan standards untuk semua perkhidmatan itu.

 

·        Memberikan latihan lanjutan bagi tugas-tugas yang belum

Dijalankan dalam perkhidmatan itu kepada

anggota-anggota yang akan melakukannya.

 

·        Menglengkapkan fasiliti fizikal bagi semua perkhidmatan

yang tersebut di atas.

 

·        Menghantar pegawai untuk mengadakan latihan ke

tempat-tempat yang mempunyai perkhidmatan Farmasi Klinikal

yang terbaik sama ada dalam Negara Kita atau pun sebarang laut.

 

·        Memperolehan pendapat dari para anggota hospital dan pesakit

tentang espektasi kita bagi perkhidmatan Farmasi ini.

 

 

                                        - 5 -

 

4.5.      Perkhidmatan Perolehan dan bekalan

 

 

4.5.1.      Keadaan sekarang

 

Perkhidmatan diberikan dalam keadaan yang amat kurang

memuaskan seperti kekurangan ruangan untuk menyimpan

ubat-ubatan dan alat-alatan, ruangan simpan barang-barang

tidak setempat, masalah pengangkutan dan masalah kekurangan

anggota stor kerana nilai yang dikendalikan oleh unit ini adalah

lebih dari 20 juta ringgit Malaysia.

 

4.5.2.      Sasaran kita

 

·        menjadikan unit ini termoden dan dilengkapi dengan

kemudahan yang mencukupi, ruangan simpan barang

setempat, pengangkutan mudah diperolehi, tenaga yang

cukup dan system bekalan komputer yang effisen.

 

4.5.3.      Strategi kita

 

·        Merancangan untuk mengadakan sebuah bangunan baru

Dilengkapi dengan semua kemudahan fisikal .

 

·        Memohon tenaga yang cukupi walau pun proses

ini ambil masa.

 

·        Memohon kenderaan baru bagi mengatasi

masalah pengangkutan.

 

·        Meng’update’ system komputer dan merancangkan supaya

System dapat di’online’kan kepada unit pengguna.

 

4.6.      Pengurusan Anggota farmasi

 

4.6.1.      Keadaan sekarang

 

Setiap anggota mempunyai fail peribadi di Jabatan Farmasi tetapi

tidak lengkap dengan butir-butir tertentu.

 

·        Masih ramai anggota tidak mempunyai ‘loyalty’

atau ‘sense of belonging’ kepada Jabatan Farmasi.

 

           

                                          - 6 -

 

        

 

4.6.2.      Sasaran kita

 

* Menjadikan anggota farmasi sebagai ‘role model’ bagi Jabatan lain.

 

4.6.3.      Strategi kita

 

·        Menkajikan semua semua maklumat anggota farmasi dan mungkin

Rekod-rekod akan di simpan dalam komputer.

 

·        Mengujud 15 kumpulan kerja dalam Jabatan Farmasi terlibat

Melibat mereka dalam sekurang-kurang dua kumpulan kerja dan

Mengalakkan mereka terlibat dalam segala aktiviti yang

dijalankan oleh kumpulan kerja itu.

 

·        Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada anggota-anggota

Yang memberikan perkhidmatan yang atau memberikan pendapat

Yang baik dan lain-lain.

 

4.7.      Farmasi Kesihatan

 

4.7.1.      Keadaan sekarang

·        Tidak ada apa-apa perkhidmatan diberikan kecuali pemereksaan ke atas

Kelinikal Kesihatan atau hospital yang tidak mempunyai Pegawai Farmasi.

           

4.7.2.      Sasaran Kita

Melibatkan anggota dalam perkhidmatan kepada penduduk-penduduk di

kawasan Kota Kinabalu dan penampang.

 

4.7.3.      Strategi kita

 

·        Melibatkan Jabatan dalam aktiviti masyarakat seperti terlibat dalam

Pamiran yang dianjur oleh NGO dll.

 

·        Memberikan home delivery farmasi seperti Farmasi geriatric,

Home Farmasi Onkologi

                       

·        Memberikan ceramah kepada sekolah-sekolah tentang segala aspek

Farmasi.

 

 

 

 

 

                                                               - 7 -

5.            Kesimpulan

 

·        Walau pun Jabatan Farmasi Hospital Queen Elizabeth

bercita-cita tinggi untuk mencapai untuk mencapai perkhidmatan

yang terbaik , saya percaya cita-cita itu atau visi ini dapat tercapai

jika dapat sokongan daripada pihak pengurusan atasan, peruntukan

yang cukup dan tenaga manusia yang mahir dan cukup.

 

·        Segala visi ini hanya dapat dicapai jika semua anggota farmasi

Memberi sokongan dan kerjasama untuk menuju ke arah pencapaian

Visi ini.

                       

·        Pelan tindakan tahun setiap tahun dan penilaian ke atas pencapaian

dalam tahun berikutnya.

 

           

·        Jadual  atau ‘road map’ perlaksanaan untuk mencapaian dalam tempuh sepuluh tahun

Hendaklah diadakan.

                       

 

Visi 2010 Untuk Perkhidmatan Farmasi disediakan oleh :

 

 

Lim Beng Seng B.C.K.

Ketua Pegawai Farmasi

Hospital Queen Elizabeth.

 

8 Mac 2000

 

LBS- visi 2010