VISI 2010

PUSAT BEKALAN FARMASI NEGERI (PBFN)

 


'PEMBEKALAN BERKUALITI SETIAP MASA'

 

 

1.                  PENGENALAN

 

Visi 2010 melintasi 3 Rancangan Malaysia iaitu RMK – 7, RMK – 8, RMK 9 (2006 – 2010).

 

Dibawa RMK – 7,  projek yang telah diluluskan dan akan dilaksanakan ialah Makmal Wilayah Farmasi yang akan ditempatan di kawasan Bukit Padang, Kota Kinabalu.  Untuk RMK – 8, projek yang dicadangkan ialah pembinaan bangunan baru untuk PBFN di Tuaran. Di bawah RMK – 9 'networking' di mana semua unit pengguna dan PBFN akan dihubungi melalui komputer.

 

Dalam konsep ini,  semua inden dan surat-menyurat dari unit-unit pengguna dihantar melalui komputer dan 'e-mail'.  Ini akan mewujudkan sistem kerja yang dipanggil Pentadbiran Tanpa Kertas' atau " paperless administration" untuk mencepatkan dan meningkatkan proses kerja didalam pengerusan ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan.

 

 

2.                  VISI 2010 PUSAT BEKALAN FARMASI NEGERI

 

SISTEM KERJA YANG MEMATUHI KEPERLUAN AMALAN PEKILANGAN BAIK (GMP) / AMALAN PENSTORAN BAIK (GSP)  DAN  TANPA KERTAS DENGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN TEKNOLOGI INFORMASI TERKINI (THE LATEST INFORMATION TECHNOLOGY)    

 

 

3.                  MENGAPA PERLU VISI 2010

 

Visi ini adalah untuk dijadikan asas strategi dalam usaha memantau pencapaian objektif jabatan dalam menjamin peningkatan perkhidmatan kepada satu anjakan perubahan yang lebih baik dan spesifik, berteknologi tinggi, cekap dan kukuh.

 

 

4.                  BAGAIMANA MENCAPAI VISI 2010 PBFN

 

-               Perlu ada kesedaran dan keikhlasan dari semua pihak mengenai peri pentingnya Visi seumpama ini diwujudkan.

 

-               Perlu ada penyusunan strategi pengurusan yang baik meliputi segala aspek  termasuk penggunaan kemudahan-kemudahan serta teknologi-teknologi yang terkini.

 

-               Perlu ada komitmen yang tinggi dari semua pihak.

 

-               Perlu ada sumber-sumber tenaga manusia yang terlatih dan berpengalaman.

 

-               Perlu ada dorongan serta kerjasama dari semua pihak.

 

 

 

 

 

 

5.                  PARADIGM SHIFT / CONTOH PERUBAHAN

 

5.1       PEROLEHAN PERUBATAN (PURCHASING)

 

5.1.1    SITUASI MASAKINI

 

Sistem yang diadaptasi masakini ialah sistem panggilan sebutharga / tender melalui telefon atau borang-borang khas yang dihantar melalui pos.   Sistem ini mengambil masa dan ini ialah faktor utama kelewatan pembekalan / pembekalan separuh kepada unit-unit pengguna.

 

5.1.2        SASARAN

 

Mewujudkan satu sistem perolehan yang lebih mudah, cekap dan cepat dengan menggunakan teknologi-teknologi informasi tinggi, agar proses perolehan dapat dibuat dengan masa yang singkat dan pembekalan kepada unit-unit pengguna adalah tepat pada masa dan berterusan.

 

5.1.3        STRATEGI

 

Mengada sistem intranet, e-mail dan "networking" dengan syarikat pembekal dan unit-unit pengguna supaya panggilan sebutharga dan pemesanan boleh dibuat melalui e-mail/intranet/internet.

 

 

5.2       PEMBEKALAN PERUBATAN

 

5.2.1        SITUASI MASAKINI

 

Sistem yang diadaptasi masakini ialah sistem inden menggunakan borang-borang yang dikhaskan dan dihantar melalui pos atau kenderaan.   Sistem ini mengambil masa dan ini boleh menjadi salah satu faktor kelewatan pembekalan terjadi dan unit-unit pengguna tidak dapat bekalan dengan segera.

 

5.2.2        SASARAN

 

Mewujudkan satu sistem pembekalan yang lebih mudah, cekap dan cepat dengan menggunakan teknologi-teknologi informasi tinggi seperti e-mail dan networking agar proses pembekalan dapat diselenggarakan dengan lebih sempurna dan unit-unit pengguna dapat menerima pembekalan  pada masa yang singkat, tepat dan tanpa sebarang aduan atau rungutan yang tidak diingini.

 

5.2.3        STRATEGI

 

Mengada sistem intranet, E-mail dan "networking" antara setiap bahagian dan juga dengan unit-unit pengguna supaya inden dan surat-menyurat dari unit-unit pengguna boleh dibuat melalui komputer dan e-mail.

 

Melaksanakan amalan penstoran baik dengan sepenuhnya.

 

 

 

 

5.3       PENGELUARAN FARMASEUTIKAL

 

5.3.1        SITUASI MASAKINI

 

Kaedah pengeluaran belum memenuhi keperluan Amalan Pekilangan Baik (GMP) sepenuhnya terutama aspek-aspek yang berkaitan dengan premis pengeluaran yang sesuai, sistem penstoran produk-produk kuarantina dan sebagainya.

 

5.3.2        SASARAN

 

-         Meningkatkan produktiviti dengan kualiti ke tahap maksima dengan teknik-teknik  pengeluaran yang bersistematik, berteknologi tinggi dan memenuhi keperluan Amalan Pekilangan Baik dengan sepenuhnya.

 

-         Mengeluarkan kuantiti produk yang berkualiti dan terbaik yang memenuhi keperluan unit-unit pengguna dalam tempoh masa yang singkat.

 

  

5.3.3        STRATEGI

 

-         Mengkaji keperluan-keperluan piawai Amalan Pekilangan Baik khususnya yang diikhtiraf di peringkat antarabangsa atau di peringkat kementerian.

 

-         Mengkaji kesesuaian untuk tujuan perlaksanaan mengikut jenis produk yang dikeluarkan.

 

-         Mengkaji keperluan premis yang mematuhi semua keperluan, peralatan & mesin yang tercanggih,  sistem kerja yang realistik dan berteknologi, tenaga kerja yang terlatih dalam bidang-bidang yang dikhususkan dan sebagainya.

 

-         Mewujudkan satu kertaskerja yang hubungkait dengan strategi jangka panjang.

 

 

5.4       PERKHIDMATAN KAWALAN MUTU UNTUK PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI

 

5.4.1          SITUASI MASAKINI

 

Perkhidmatan kawalan mutu hanya dijalankan untuk Pusat Bekalan Farmasi Negeri, Hospital Queen Elizabeth dan beberapa lagi hospital yang lain.

 

5.4.2          SASARAN

 

Memberi perkhidmatan kawalan mutu kepada semua institusi di bawah Program Perkhidmatan Farmasi termasuk Unit Penguatkuasaan Farmasi.  

 

5.4.3          STRATEGI

 

-         Berkerjasama dengan semua institusi-institusi di bawah Program Perkhidmatan Farmasi usaha mengkaji aspek-aspek usahasama dalam menjayakan objetif ini.

 

-         Mengkaji segala keperluan-keperluan untuk memantapkan kemudahan kerja-kerja pengujian termasuk kelengkapan premis, peralatan & mesin serta juga tenaga kerja.

 

-          Merumuskan garis panduan yang terbaik agar dapat menjamin keberkesanan objektif perkhidmatan ini diwujudkan.

 

-         Memastikan komitmen serta kerjasama yang tinggi dari semua pihak yang terlibat.

 

 

5.5       PENGURUSAN

 

5.5.1        SITUASI MASAKINI

 

Dikendalikan dengan sistem fail.

 

5.5.2        SASARAN

 

Mewujudkan satu pengurusan yang lebih efisien, berfungsi dengan sistem teknologi informasi tinggi dan 'networking di antara bahagian supaya sistem kerja tanpa kertas dapat dijalankan dengan sepenuhnya .

 

5.5.3        STRATEGI

 

-         Dilengkapi dengan sistem networking dan kemudahan-kemudahan teknologi informasi terkini.

 

-         Memantapkan pengetahuan anggota PBFN terhadap penggunaan kemudahan-kemudahan teknologi informasi terkini.

 

-         Meningkatkan komitmen dan kecekapan anggota-anggota PBFN

 

 

5.6       PEMBANGUNAN  SUMBER TENAGA MANUSIA

 

5.6.1        SITUASI MASAKINI

 

Anggota-anggota PBFN perlu diberi dorongan dari masa kesemasa.

 

5.6.2        SASARAN

 

Membentukan satu pasukan pekerja yang berpengetahuan tinggi, profesional, bermotivasi, bersikap positif, berdedikasi dan bertanggungjawab 

 

5.6.3        STRATEGI

 

-         Mewujudkan satu pengurusan yang penyayang

 

-         Mengalakan anggota mengambil kursus/latihan yang berkaitan dengan perkhidmatan di Institu Teknologi Mara atau lain-lain institusi

 

-         Mengadakan pendidikan berterusan (CEP) untuk meninggikan pengetahuan anggota PBFN

 

 

 

-          Memberi penghargaan dan ganjaran kepada kakitangan yang memberi khidmat  

                   cemerlang

 

-         Meningkatkan hubungan antara kakitangan dan keluarga kakitangan supaya semangat-semangat berpasukan dan identifikasi sebagai warga PBFN dapat diperkukuhkan

 

-         Menyampaikan malumat-maklumat terkini dari Kementerian/Ibu Pejabat/PBFN kepada setiap anggota PBFN dari masa kesemasa melalui mesyuarat pengurusan jabatan dan juga mesyuarat ketua bahagian dengan anggota-anggota bahagian. .

 

6.                  KESIMPULAN

 

Visi 2010 merupakan satu strategi asas untuk tahun-tahun yang akan datang.  Tujuan visi ini ialah untuk bersama-sama memaju ke satu hala yang telah ditetapkan dan dengan kerjasama dan dedikasi anggota-anggota PBFN visi ini boleh dan akan dicapai.   PBFN akan melangkah ke dalam satu anjakan perubahan yang lebih spesifik dan berteknologi tinggi dengan pekerja-pekerja  yang cekap, mantap, committed, berdedikasi, bertanggungjawab dan berpengetahuan tinggi.   Akhir kata,  kita akan bersama-sama meningkatkan tahap perkhidmatan kerajaan supaya rakyat jelata menikmati perkhidmatan kesihatan yang cekap, cemerlang dan tiada perbandingan dalam negara kita yang dicintai ini.