02/03/00

 

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ( Farmasi )

Bahagian Perkhidmatan Farmasi,

Sabah.

 

Tuan,

VISI 2010 UNTUK PERKHIDMATAN FARMASI

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Cadangan Visi 2010 untuk Perkhidmatan Farmasi Negeri Sabah ialah mewujudkan satu masyarakat yang berpengetahuan tentang penggunaan ubat –ubatan yang selamat dan berkesan.

Strategi – strategi untuk mencapai matlamat ini ialah :

( 1 ). Memberi pesakit kaunselling.

( 2 ). Mengedarkan risalah – risalah ubat – ubatan.

( 3 ). Mengadakan pameran atau kem perubatan.

( 4 ). Pesakit – pesakit atau orangramai boleh mendapat maklumat – maklumat tentang ubat –ubatan dari " telepharmacy " pada masa yang akan dating.

Pada masa kini, hanya strategi ( 1 ) dan ( 3 ) telah dijalankan.

 

Cadangan Visi 2010 untuk Perkhidmatan Farmasi Hospital Labuan ialah memberi perkhidmatan farmasi yang berkualiti dan berkesan kepada pesakit –pesakit.

Strategi – strategi untuk mencapai matlamat ini ialah :

( 1 ). Memberi perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal ( " Therapeutic Drug Monitoring " ).

( 2 ). Menjalankan kajian piagam pelanggan dan aktiviti – aktiviti piagam pelanggan seperti melayan pesakit – pesakit dengan mesra dan bertimbangrasa, memberi kaunselling pesakit dan memberi ubat – ubatan dalam masa yang telah ditetapkan.

( 3 ). Melaksanakan Hospital Akreditasi.

( 4 ). Menghantar nota incident seperti salah dispense dan laporan ADR ( adverse drug reaction ) kepada Biro melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Pada masa kini, hanya ( 2 ) dan ( 4 ) dijalankan, strategi ( 3 ) sedang dijalankan.

Sekian dimaklum, terima kasih.

 

 

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

 

 

 

 

( SOO BEE KUAN )

Pegawai Farmasi Y/M

Hospital Labuan