VISI 2010 UNTUK PERKHIDMATAN FARMASI HOSPITAL KENINGAU.

Objektif

Untuk memberi perkhidmatan  Farmasi kepada pelanggan yang berkualiti demi kesihatan dan kesejateraan kepada penduduk disekitar pedalamam khas nya disekitar keningau dan dipedalaman amnya.

A.    Bagi mencapai visi 2010 perancangan awal perlu di adakan pada masa sekarang .Rancangan yang akan dilaksanakan menjalang 2010 adalah saperti berikut.

 

1.    Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan sama ada di wad Farmasi mahu di Farmasi  dipesakit luar.

2.    Perkhidmatan kounter express kepada warga tua dan pesakit yang mempunyi anakyang kecil  dibawah satu tahun

3.    Pembekalan ubat-ubat kepada pesakit dalam dengan menggunakan sistem Unit Of Use dan unit of dose

4.    Melaksanakan 100% bedside dispensing yang akan dikendalikan oleh Pegawai Farmasi

5.    Pemeriksaan wad yang lebih kerap dan membuat pembetulan jika perlu

6.    Melaksanakan kounselling kepada pesakit dalam atau pun pesakit luar.

7.    Mewujudkan drug information centre

8.    Bekalan ubat ke semua pusat kesihatan melalui Integrasi Stor

 

Strategi untuk mencapai  visi 2010 ini adalah saperti berikut

 

Jabatan pesakit luar akan dipisahkan daripada Wad Farmasi menjalang tahun 2001 apabila hospital baru akan siap.

B.            PERKHIDMATAN WAD FARMASI

1.0           PERKHIDMATAN NUTRISI PARENTERAL

1.1 Perkhidmatan ini akan dikendalikan oleh seorang pegawai Farmasi dan dibantu oleh Pembantu Farmasi dan Attenden Kesihatan Awam. Tempat ini akan diperolehi apabila hospital baru akan siap menjelang tahun 2001.

2.0           PERKHIDMATAN FARMAKOKINETIK KLINIKAL

2.1 Perkhidmatan ini hanya dapat dilaksanakan jika pegawai Farmasi dan pembantu Farmasi dan attendent kesihatan awan ditempatkan dihospital yang baru.

2.2 Perkhidmatan kounselling akan dijangka dapat dilaksanakan  dengan lebih berkesan menjelang tahun 2003

2.3 Perkhidmatan maklumat ubat-ubatan pun telah dilaksanakan pada tahun-tahun yang lalu tetapi pada masa sekarang  tiada Pegawai Farmasi yang mengandalikan tugas ini

3.0           PERKHIDMATAN PUBLIC HEALTH PHARMACY

3.1  Hanya boleh dilaksanakan sekiranya ada Pegawai farmasi boleh  ditempatkan di pusat kesihatan menjelang tahun 2010.

4.0             PENGURUSAN FARMASI DAN BEKALAN

Untuk merealiasasikan visi 2010 ini jawatan berikut perlu di wujudkan

 

4.1 Mewujudkan  jawatan seorang ketua Pegawai Farmasi di hospital Keningau

4.2 Mewujudkan lagi  4  jawatan Pegawai Farmasi untuk melaksanakan pengurusan di bahagian pesakit luar, Perkhidmatan wad Farmasi , bahagian Kounselling dan Drug information centre.

4.3 Menambah jawatan Pembantu Farmasi

4.4 Menambahkan jawatan Pembantu Tadbir N 9 (P/O)

4.5 Mewujud jawatan Pemandu di bahagian Farmasi Pesakit Luar dan Farmasi pesakit dalam

4.6 Menambah jawatan Attendent Kesihatan Awam.

 

5. 0 PEMBANTU FARMASI PELATIH TAHUN TIGA HENDAK LAH DILATIH DI HOSPITAL DAN DIKLINIK KESIHATAN..