Perkhidmatan Farmasi
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.





Bahagian Farmasi, Hospital Tawau

UNIT FARMASI DAN BEKALAN HOSPITAL TAWAU.

 

  1. PENGENALAN.
  2. Unit Farmasi Hospital Tawau berfungsi membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit luaran dan dalaman mengikut preskripsi atau carta perubatan daripada Doktor.

    Stor Hospital Tawau pula bertanggunjawab membekalkan ubat –ubatan dan barang-barang yang diperlukan untuk kegunaan pesakit dan Pusat-pusat Kesihatan Kawasan Tawau.

     

  3. OBJEKTIF.
  4. Memberi perkhidmatan yang berkualiti, bermutu dan cepat kepada pelanggan.

  5. PIAGAM PELANGGAN UNIT FARMASI.
      1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.
      2. Setiap pelanggan akan diberi ubat-ubatan berlabel, berkualiti, berkesan dan selamat berserta penerangan yang lengkap mengenai ubat ynag dibekalkan.
      3. Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan untuk mendapatkan ubat dalam masa 20 minit.

4. PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN.
      4.1. PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT LUAR.

Perkhidmatan ini ditempatkan di Bangunan Poliklinik Hospital Tawau. Ia membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit mengikut preskripsi daripada Doktor samada Pesakit dari Klinik Pakar atau Jabatan Pesakit luar dengan menerangkan cara-cara pengambil atau pengunaan ubat tersebut dengan jelas dan terang

Pembekalan ubat di Unit ini melalaui 2 cara samada Kaunter Express atau Kaunter Am. Kaunter Express menyediakan perkhidmatan bagi pesakit yang menerima 2 jenis ubat, wargatua, ibu yang membawa anak yang sakit dibawah 2 tahun dan kakitangan yang sakit membawa preskripsi untuk dirinya sendiri.

Perkhidmatan kaunter Am membekalkan ubat bagi preskripsi yang mengandungi lebih dari 2 jenis . Ia menggunakan sistem "double Checking" bagi menentukkan ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit adalah tepat dan betul

Bagi pesakit yang menerima rawatan yang berterusan bekalan ubat akan dibekalkan untuk kegunaan sebulan sahaja dan bekalan selebihnya akan dibekalkan pada bulan seterusnya.

 

      4.2. PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT DALAM.

      Perkhidmatan ini menyediakan pembekalan ubat kepada pesakit dalam wad. Pembekalan ubat dilakukan melalui 2 cara iaitu secara tradisional dan "Unit of use".

      Pembekalan secara tradisional dimana ubat-ubatan di bekalkan kepada pesakit di Wad secara "bulk" dan untuk kegunaan klinik/unit di Hospital ini. Perkhidmatan ini ditempatkan di tingkat bawah bangunan lama Hospital Tawau.

      Pembekalan secara "Unit of Use" dimana ubat-ubatan dibekalkan kepada pesakit mengikut "individualised patient basis". Pembekalan dibuat menggunakan troli ubat dimana ubat disimpan dalam laci berasingan untuk setiap pesakit.. Perkhidmatan ini ditempat ditingkat 2 bangunan lama Hospital ini.

       

      4.3. PERKHIDMATAN "BED SIDE DISPENSING".

Perkhidmatan ini disediakan bagi pesakit yang akan "discharge" dari wad dimana ubat-ubatan akan diberikan dalam wad sebelum pesakit pulang kerumah masing-masing.

      4.4. PERKHIDMATAN KAUNSELING.

Perkhidmatan ini disediakan di Hospital ini bagi membimbing dan mengajar pesakit serta penjaga pesakit tentang penggunaan ubat dengan betul dan rasional. Dengan cara ini kita dapat mengenalpasti masalah tingkahlaku pengambilan ubat yang mungkin menyumbangkan kepada kegagalan terapeutik. Disamping itu juga dapat mewujudkan perhubungan profesional dengan pesakit.

 

      4.5. PERKHIDMATAN MAKLUMAT UBAT-UBATAN.

      Memberi perkhidmatan mengenai maklumat ubat-ubatan serta perundingan yang ditujukan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan pesakit . Lanya melibatkan berkomunikasi dengan pengamal perubatan mengenai maklumat relevan yang boleh digunakan dalam pengamalan terapeutik yang rasional. Jika ada sebarang soalan sila berhubung dengan Pn. Normah Talib Pegawai Farmasi, nombor telefon 089-773533.

       

      4.6. PERKHIDMATAN STOR .

Stor ini berfungsi membekalkan ubat-ubatan kepada Unit Farmasi Pesakit Luar dan dalam. Ia juga membekalkan barang-barang bukan ubat ke Unit-unit dan wad-wad termasuk IV drip. Selain itu juga stor ini menjalankan stor integrasi bagi Pusat-pusat Kesihatan Kawasan Tawau iaitu Pusat Kesihatan Umas-umas, Apas Balung, Merotai, Kunak dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.

Bekalan ubat dan bukan ubat diperolehi daripada Remedi Farmaseutical dan Stor Perubatan Pusat Negeri dan sekarang dikenali sebagai Pusat Bekalan Farmasi Negeri.

5. CARTA ORGANISASI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






home2.gif


Main Page. E-Mail: comments. Top of Page


  • Click on the Back button, if you wish to return to the previous page.