Pharmacy Department, Semporna Hospital.

MAKLUMAT PERKHIDMATAN FARMASI DAN BEKALAN

HOSPITAL DAERAH SEMPORNA

  1. PENGENALAN
  • Hospital Daerah Semporna terletak kira-kira 1 Km dari pekan Semporna dengan keluasan kira-kira seluas 484 batu persegi dan mempunyai 45 buah pulau-pulau dalam daerah ini. Daerah Semporna termasuk dalam Residensi Tawau yang merupakan sebuah daerah yang sedang membangun di Sabah dan ditadbir dibawah kuasa majlis dan pegawai daerah.

    Mengikut bancian yang dibuat pada tahun 1970 saja penduduknya seramai 91,898

    Orang. Peningkatan penduduk di daerah ini dipengaruhi oleh penghijrahan pendatang tanpa izin, yang kebanyakannya berhijrah dari Filipina dan Indonesia.

    Majoriti penduduk tempatan disini adalah berbangsa Bajau.

    Sejak Hospital Daerah Semporna ditubuhkan kira-kira tiga puluh tahun yang lalu. Hospital ini telah dapat memberikan kemudahan kesihatan kepada penduduk daerah ini dan masyarakat sekitarnya dengan purata kira-kira 80,000 orang dari 91 buah kampung dan 45 buah pulau-pulau dalam daerah ini.

      1. ORGANISASI
  • Hospital daerah Semporna telah dirasmikan pada tahun 1970 oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu, iaitu Tun Datu Hj. Mustapha. Hospital ini terdiri daripada dua blok bahagian pesakit luar termasuk OPD, Farmasi, Pejabat Am, Pendaftaran, Makmal, Unit Rekod, Dapur dan Perubatan. Manakala dua blok pesakit dalam termasuk X-ray, Perpustakaan, Dewan bedah, Bilik bersalin, Wad bersalin, Wad kelas satu, Wad lelaki, Wad kawalan Rapi, Wad perempuan, Wad kanak-kanak, Wad pengasingan dan Bilik jurupulih anggota yang bersamaan dengan 7 disiplin perubatan yang sedia ada. Secara rasminya hospital ini mempunyai kapasiti katil sebanyak 61 buah. Walaubagaimanapun sebagai tambahan unutk kes-kes kecemasan sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit seperti 'Cholera' ianya boleh menampung sehingga 82 orang pesakit dalam satu-satu masa.

    Perkhidmatan Farmasi dan Bekalan di hospital ini bertanggujawab dalam semua urusan perolehan, penyimpanan, pembekalan dan pengawalan ubat-ubatan dan bukan ubatan untuk kegunaan pelanggan dan unit-unti pengguna hospital. Unit Farmasi dan Bekalan hospital daerah Semporna mempunyai anggota kakitangan seramai:-

    1 orang Pembantu Farmasi U7

    6 orang Pembantu Farmasi U8

    1 orang Pembantu Tadbir N9

    1 orang Pembantu Tadbir N11

    2 orang Attendan Kesihatan U16

  • dan terdapat 3 seksyen yang memberikan perkhidmatan samada kepada pelanggan

    luaran atau dalaman seperti berikut:-

      1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
      2. Perkhidmatan Farmasi Pesaklit Dalam
      3. Perkhidmatan Farmasi Stor (sebagai stor intergrasi)

     

      1. CARTA ORGANISASI

     

     

     

     

     

     


     

     


     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    1. OBJEKTIF
  • Memberi perkhidmatan farmasi yang cekap, tepat dan berkesan kepada pelanggan hospital dan mengadakan perkhidmatan farmasi klinikal untuk meningkatkan kualiti rawatan pelanggan serta mengukuhkan sistem perolehan dan bekalan supaya memenuhi keperluan ubat-ubatan dan alat perubatan di peringkat hospital. Dan memelihara perhubungan yang harmoni di dalam jabatan dan antara jabatan.
  • 2.1 WAWASAN UNTUK KESIHATAN

  • Malaysia akan menjadi sebuah negara terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran. Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggujawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.
      1. MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
  • Misi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan bagi merangsang dan memudahkan rakyat untuk:-
    1. AKTIVITI-AKTIVITI PERKHIDMATAN FARMASI DAN BEKALAN

    3.1 Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

    3.1.1 Aktivit-aktiviti

      1. Mendispen dan memberi arahan penggunaan ubat kepada
      2. pelanggan
      3. Membekal dadah merbahaya dan ubat psikotropik kepada pelanggan dan unit pengguna
      4. Pra-bungkusan ubat-ubatan tablet/kapsul dan krim serta ointment
      5. Mengendali penyediaan "extemporaneous"
      6. Memberi perkhidmatan pada hari kelepasan (Ahad, hari rehat sabtu dan cuti am)
        1. Standard Perkhidmatan
      1. Ubat yang dibekalkan berlabel kemas, kuantiti yang mencukupi, berkualiti dan betul.
      2. Arahan penggunaan /penerangan yang jelas dengan bahasa yang mudah difahami.
      3. Ubat dibekalkan dalam jangkamasa tidak lebih daripada 5 minit selepas preskripsi diterima oleh kaunter farmasi.
        1. Statistik Tahunan Preskripsi Diterima

    TAHUN

    JUMLAH DITERIMA

    JUMLAH PERKAR DIDISPEN

    1994

    67,105

    199,527

    1995

    75,323

    201,850

    1996

    82,537

    223,002

    1997

    88,061

    240,036

    1998

    83,622

    225,309

  • *Jumlah preskripsi diterima dan jumlah perkara didispen telah turun dari tahun 1997 ke tahun 1998 adalah disebabkan oleh operasi pemutihan yang dilakukan oleh kementerian pertahanan yang dilancarkan pada thun 1998.
  • 3.2 PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT DALAM

        1. Aktiviti-aktiviti
      1. Membekal secara 'unit of use' kepada semua wad di hospital.
      2. Membekal ubat-ubatan tablet/kapsul/injection, losyen, syrup dan krim sebagai 'floor stock' kepada unit-unit pengguna hospital.
      3. Pra-bungkusan ubat cecair / galenikal (internal & external).
      4. Menyediakan persediaan galenikal (internal & external).
      5. Membekal persediaan galenikal dari Pusat Bekalan Farmasi Negeri
  • kepada pusat kesihatan dan unit pengguna hospital.
        1. Standard Perkhidmatan
      1. Ubat dibekalkan betul, dalam kuantiti yang mencukupi dengan label yang kemas dan betul.
      2. Bekas yang digunakan sesuai dengan bentuk dosej, kuantiti yang betul.
      3. Pembekalan dalam masa yang ditetapkan.

     

     

     

     

        1. Statistik Tahunan Farmasi Pesakit Dalam
      1. Inden diterima / dibekal
    1. TAHUN

      JUMLAH INDEN

      JUMLAH PERKARA DIBEKAL

      1995

      485

      2308

      1996

      874

      5202

      1997

      842

      4987

      1998

      860

      5083

    2. Unit of Use
    3. TAHUN

      JUMLAH PESAKIT

      JUMLAH PERKARA DIBEKAL

      1995

      3650

      8858

      1996

      3698

      8915

      1997

      3595

      8612

      1998

      4870

      13,102

    4. Persediaan Galenikal
    TAHUN JUMLAH PERSEDIAAN
    1995 5355 L
    1996 4217 L
    1997 3554 L
    1998 3125 L
      1. FARMASI STOR
        1. Aktivit-aktivit
      1. Memesan ,menerima, memeriksa, merekod dan meyimpan semua bekalan ubat-ubatan dan bukan ubat dari pihak-pihak pembekal seperti Remedi Pharmaceutical (M) Sdn. Bhd., Pusat Bekalan Farmasi Negeri dan pembekal tempatan.
      2. Membekal ubat-ubatan dan bukan ubat kepada semua unit-unit pengguna hospital.
      3. Membekal secara stor intergrasi kepada tiga buah pusat kesihatan.
      4. Membuat anggaran keperluan ubatan dan bukan ubat untuk setiap penggal.
        1. Standard Perkhidmatan
      1. Membuat pembekalan dalam masa yang ditetapkan.
      2. Pembekalan yang betul, perkara dan kuantiti.
  •  

  • home2.gif


    Main Page. E-Mail: comments.
    david@royal.net
    Top of Page


  • Click on the Back button, if you wish to return to the previous page.





    </PLAINTEXT></NOSCRIPT> <script language="JavaScript" src="ygIELib2.js"></script> <script language="JavaScript">var yvContents='/toto?s=76000012&l=NE&b=1&t=940600293';yfEA();</script> <!-- END Yahoo! Menu Service --></font></p> </li> </dir> </body> </html>