Make your own free website on Tripod.com

 

 

3. STRATEGI

Strategi-strategi untuk mencapai semua objektif-objektif yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut :-

    1. Memperluaskan dan meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang sedia ada di unit ini.
    2. Menubuhkan pusat penerangan ubat-ubatan, mengawasi penggunaan ubat-ubatan dan meningkatkan sistem pembekalan ubat melalui pemberian nasihat kepada pesakit, penyelenggaraan Carta Pengubatan dan profil dadah pesakit, mendispensa secara sistem "Unit of Use" dan "Bed Side Dispensing" untuk pesakit dalam dan penapisan preskripsi.
    3. Menentukan bekalan yang berterusan dan mencukupi bagi persediaan-persediaan farmaseutikal dan produk-produk lain yang bermutu dengan :-

    1. Memperluaskan dan mengadakan kemudahan-kemudahan penyimpanan yang mencukupi di hospital supaya dapat memenuhi keperluan yang semakin meningkat.
    2. Memodenkan sistem pengurusan kawalan inventori stor dengan penggunaann komputer.
    3. Mengukuhkan sistem pengangkutan ubat-ubatan dari Stor Perubatan Pusat Negeri (SPPN) dan REMEDI Farmaceutical Sdn. Bhd (RPSB).

    1. Meningkatkan lagi pengeluaran produk-produk farmaseutikal yang bermutu dengan :

    1. Memperbaiki amalan "Good Manufacturing Practise" dengan memperluaskan dan meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
    2. Memperbaiki teknik-teknik kawalan mutu dalam proses dan memperbaiki penentuan kualiti produk terakhir dengan menubuhkan kemudahan-kemudahan kawalan mutu di hospital.