Make your own free website on Tripod.com

2. OBJEKTIF

Sejajar dengan polisi Hospital Keningau, objektif utama jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi, cekap, berkesan, selesa dan mudah kepada penduduk di daerah ini bersesuaian dengan kemudahan yang sedia ada. Selain dari itu jabatan ini juga mempunyai beberapa objektif jangka panjang seperti berikut dengan strategi-strategi yang tertentu.

    1. Mengukuhkan sistem bekalan supaya dapat menampung keperluan farmaseutikal dan lain-lain keperluan kesihatan dalam program kesihatan Hospital Keningau.
    2. Memberi perkhidmatan mendispensa ubat uabatan kegunaan internal dan eksternal yang cekap dan berkesan kepada pesakit-pesakit di Hospital Keningau.
    3. Menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain produk farmaseutikal.
    4. Mempastikan penggunaan ubat-ubatan di Hospital Keningau adalah rasional dan selamat.