Selamat Datang Homepage Jabatan Farmasi Hospital Keningau

Kandungan

Pengenalan
Objektif
Strategi
Aktiviti & Pencapaian
Perancangan Masa Hadapan
Kesimpulan

Pengenalan

 

Hospital Keningau telah dibina di atas sebuah bukit dengan keluasan 8.41 Hektar dan jarak jauh daripada Pekan Keningau lebih kurang 0.6 KM. Ianya mula beroperasi dalam tahun 1957 dan memberi khidmat kepada penduduk-penduduk pelbagai kaum Daerah Keningau, Nabawan , Sook dan Persiangan. Hospital ini merupakan pusat rujukan bagi Hospital Tenom, Hospital Tambunan dan beberapa buah Klinik Kesihatan luar bandar antaranya Klinik Kesihatan Apin-Apin, Bingkor, Tulid, Mansiat, Nabawan, Sook, Sepulut dan Pensiangan.

Tahun

Pegawai Farmasi U3

Pembantu Farmasi U7

Pembantu Farmasi U8

Pembantu Tadbir N9 (Stor)

Pembantu Tadbir N11 (stor)

Attendan KesihatanU 16

1972

-

-

1

-

-

1

1975

-

-

1

-

1

2

1977

1

-

4

-

1

2

1978

1

1

4

-

1

2

1979

1

1

4

1

1

2

1997

1

1

14

1

1

3

Objektif

Sejajar dengan polisi Hospital Keningau, objektif utama jabatan ini adalah untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang bermutu tinggi, cekap, berkesan, selesa dan mudah kepada penduduk di daerah ini bersesuaian dengan kemudahan yang sedia ada. Selain dari itu jabatan ini juga mempunyai beberapa objektif jangka panjang seperti berikut dengan strategi-strategi yang tertentu.

  1. Mengukuhkan sistem bekalan supaya dapat menampung keperluan farmaseutikal dan lain-lain keperluan kesihatan dalam program kesihatan Hospital Keningau.
  2. Memberi perkhidmatan mendispensa ubat uabatan kegunaan internal dan eksternal yang cekap dan berkesan kepada pesakit-pesakit di Hospital Keningau.
  3. Menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain produk farmaseutikal.
  4. Mempastikan penggunaan ubat-ubatan di Hospital Keningau adalah rasional dan selamat.

Strategi

Strategi-strategi untuk mencapai semua objektif-objektif yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut :-

  1. Memperluaskan dan meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang sedia ada di unit ini.
  2. Menubuhkan pusat penerangan ubat-ubatan, mengawasi penggunaan ubat-ubatan dan meningkatkan sistem pembekalan ubat melalui pemberian nasihat kepada pesakit, penyelenggaraan Carta Pengubatan dan profil dadah pesakit, mendispensa secara sistem "Unit of Use" dan "Bed Side Dispensing" untuk pesakit dalam dan penapisan preskripsi.
  3. Menentukan bekalan yang berterusan dan mencukupi bagi persediaan-persediaan farmaseutikal dan produk-produk lain yang bermutu dengan :-
    1. Memperluaskan dan mengadakan kemudahan-kemudahan penyimpanan yang mencukupi di hospital supaya dapat memenuhi keperluan yang semakin meningkat.
    2. Memodenkan sistem pengurusan kawalan inventori stor dengan penggunaann komputer.
    3. Mengukuhkan sistem pengangkutan ubat-ubatan dari Stor Perubatan Pusat Negeri (SPPN) dan REMEDI Farmaceutical Sdn. Bhd (RPSB).
  1. Meningkatkan lagi pengeluaran produk-produk farmaseutikal yang bermutu dengan :
    1. Memperbaiki amalan "Good Manufacturing Practise" dengan memperluaskan dan meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
    2. Memperbaiki teknik-teknik kawalan mutu dalam proses dan memperbaiki penentuan kualiti produk terakhir dengan menubuhkan kemudahan-kemudahan kawalan mutu di hospital.

Fungsi Utama

  1. Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar.
  2. Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit dalam.
  3. Pengeluaran.
  4. Pengurusan stor & Sub-stor.
  5. Pembungkusan

1. Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Luar.

  1. Penapisan Preskripsi.
  2. Pengisian
  3. Mendespen

2. Pembekalan Ubat Kepada Pesakit Dalam.

Menerima Inden/Carta Perubatan, semak, kaji preskripsi, membuat bekalan.

3. Pengeluaran.

Menyediakan bahan/bahan mentah, membuat percampuran, pembungkusan dan perlabelan.

4. (i) Pengurusan Stor.

  1. Pesanan Dan Penerimaan Ubat-Ubatan Dan Bukan Ubat.
  2. Pengeluaran/Pembekalan Kepada Unit Pemesan/Pengguna.
  3. Pengawalan Stok Dan Inventori.

(ii) Pengurusan Sub-Stor.

  1. Penerimaan/Pengeluaran dan kawalan stok Ubat-Ubatan.
  2. Pembekalan Ubat-Ubatan Dadah Merbahaya (Rujuk Carta Aliran).
  3. Pembekalan Ubat-Ubatan Psikotropik (Rujuk carta Aliran).

5. Pembungkusan.

  1. Persediaan tempat pembungkusan.
  2. Menyediakan botol,sampul ubat dan label.
  3. Menyediakan ubat yang perlu dibungkus.
  4. Proses pembungkusan dan penglabelan.
  5. Rekod

Aktiviti dan Pencapaian

Aktiviti

Pencapaian (%)

Mengurangkan Masa Pesakit Menunggu Ubat Kepada Maksima 15 minit/Pesakit.

80

Perlaksanaan Perkhidmatan Kaunseling Pesakit Luar

50

Pemeriksaan Tarikh Luput Ubat Ubatan Dan Bertindak Untuk Mengelak Pembaziran

90

Perlaksanaan ‘Sistem Unit Of Use’ Di Semua Wad

100

Perlaksanaan Sistem Pembungkusan Ubat Ubatan

100

Perlaksanaan ‘Bed side dispensing’ di semua wad.

100

Menghantar Sampel Sediaan Internal Pukal Kepada Bahagian Kawalan Mutu Kota Kinabalu Untuk Ujian ‘QC’

50

Memastikan Perlaksanaan Penggunaan Nama Generik Ubat Sentiasa Dipertingkatkan.

34

Memastikan Setiap Preskripsi Yang Mengandungi Ubat Pakar Mendapat Tandatangan Yang Sah daripada Pakar.

80

Memberi Ceramah ‘Penyalahgunaan Najis Dadah’ Di Sekolah Sekolah.

Oleh Pegawai Farmasi

Mengadakan Pameran Farmasi Semasa Pameran Anjuran Hospital Dan Kesihatan Di Peringkat daerah.

Rancangan akan datang.

Terlibat Secara Aktif Dalam Aktiviti Aktiviti Hospital Seperti KMK,Perkhidmatan Kaunter,Anti Merokok,Anti Aedes dll.

Rancangan akan datang.

Bekerjasama Dengan Kakitangan NGO Seperti Lions Club Dengan Memberi Perkhidmatan Farmasi Secara Percuma Kepada Pesakit Luar, Semasa Mengadakan Lawatan Amal Ke Daerah Luar Bandar (Daerah Pensiangan)

50

Mengadakan Pemeriksaan Wad Sekurang Kurangnya 2 Kali Dalam Setahun.

50

Bekerja Lebih Masa Selepas Waktu Pejabat ,Pada Hari Ahad Dan Kelepasan Am.

100

Membuat Kerja Panggilan Kecemasan Untuk Membekal Ubat Ubatan Penyelamat Nyawa.

100

Perancangan Masa Hadapan

  1. Membina sebuah bilik Sateli Farmasi ditengah tengah kawasan bangunan Hospital ,bagi memudahkan bekalan ubat ubatan kepada pesakit dalam.
  2. Membina sebuah bilik ‘Cytotoxic Drug Reconstitution’ berdekatan dengan Wad Palliatif untuk perkhidmatan CDR dan menghantar Pembantu Farmasi menghadiri kursus yang sesuai untuk perkhidmatan tersebut.
  3. Mengubahsuai kaunter yang sedia ada kepada ‘Friendly Counter’.
  4. Meningkatkan Perkhidmatan Kaunseling kepada pesakit yang memerlukan dan menghantar Pembantu farmasi menghadiri kursus ‘Perkhidmatan Kaunseling Kepada Pesakit’.
  5. Memohon untuk mendapatkan sebuah mesin fotostat untuk kemudahan membuat salinan borang,surat pekeliling,label dll.
  6. Memohon untuk mendapatkan mesin untuk pra-bungkusan ubat jenis air.
  7. Memohon untuk mendapatkan alat timbangan digital untuk menimbang berat minima 0.1G.
  8. Menenambah 4 jawatan Pembantu farmasi U8 untuk menampung beban kerja yang bertambah di bahagian Pra-bungkusan,Satelit Farmasi dan CDR.
  9. Mengujudkan 1 jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian).
  10. Mengujudkan 1 jawatan Pemandu.

Kesimpulan.

Jabatan Farmasi Dan Bekalan Hospital Keningau dianggotai oleh 20 orang kakitangan yang terdiri daripada pelbagai kategori.Pada keseluruhannya, Jabatan ini diketuai oleh seorang Pembantu Farmasi Kanan (U7) bagi menjalankan tugas tugas yang sepatutnya dijalankan oleh seorang Pegawai Farmasi.Adalah disarankan agar pihak yang berkenaan akan menghantar seorang Pegawai Farmasi dengan seberapa segera ke Hospital ini.

Last Revised: 2/11/98