Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

HOMEPAGE

JABATAN FARMASI DAN BEKALAN HOSPITAL KOTA MARUDU.

Jumlah Kakitangan.

Farmasi Bekalan/wad/Unit of use

Stor Farmasi Hospital

Stor Mudah Terbakar

 

JUMLAH KAKITANGAN.

a). Pembantu Farmasi U08 3 orang

b). Pembantu Tadbir (stor) 1 orang

c). Attendan Kesihatan 2 orang

1. FARMASI PESAKIT LUAR.

Jumlah Prescripsi dalam setahun 67,000

Jumlah item dibekal dalam setahun 181,712

Jumlah query Prescripsi dalam setahun 668

Anggaran prescripsi dalam sehari 250

Masa menunggu di farmasi pesakit luar 15 minit

Tugas-tugas dijalankan.

a). Mendispen ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit.

b). Membekal ubat dadah merbahaya dan ubat psycotropic kepada unit-unit pengguna.

c). Pra-pembungkusan seperti tablet/capsule dan krim.

Tugas tersebut dilakukan oleh 2 orang pembantu farmasi tiada attendan kesihatan ditempatkan di bahagian farmasi pesakit luar. Counter-checking tidak dapat dilakukan sekiranya seorang pembantu farmasi bercuti ,menghadiri mesyuarat atau mengikuti kursus. Tugas-tugas tersebut sepatutnya dilakukan oleh 4 orang pembantu farmasi.Farmasi pesakit luar adalah berjauhan dengan Farmasi wad/bekalan/unit of use.

 

2. FARMASI BEKALAN /WAD/UNIT OF USE.

Jumlah inden dalam setahun 6,675

Jumlah item dibekal dalam setahun 21,542

Persediaan Galenikal.

Jumlah persediaan kegunaan dalam untuk setahun 305kg

Jumlah persediaan kegunaan luar dalam setahun 2,766kg

Tugas-tugas yang dijalankan.

a). Membekal ke unit-unit pengguna secara "unit of use" untuk 3 wad,iaitu wad lelaki, wad perempuan/kanak-kanak ,dan wad bersalin.

b). Membekal ke unit-unit lain seperti bilik dewan bedah,bilik kecemasan, bilik rawatan,makmal , x-ray , pejabat TB , dan tujuh pusat kesihatan/klinik kesihatan daerah Kota Marudu .

c). Pra-pembungkusan seperti lotion dan syrup.

d). Persediaan galenikal seperti syrup BP , Eusol lotion dan lain-lain .

Tugas tersebut dijalankan oleh 1 orang pembantu farmasi dan dibantuoleh 1 orang attendan kesihatan  Tugas tersebut sepatutnya dilakukan oleh 2 orang pembantu farmasi.

3. STOR FARMASI HOSPITAL.

Anggaran perbelanjaan:

Perbelanjaan ke Remedi Pharmaceuticals RM250,000.00

Perbelanjaan ke SPPN RM200,000.00

Tugas-tugas yang dijalankan:

a).Membuat anggaran perbelanjaan ubat dan bukan ubat.

b).Membekal kepada semua unit-unit pengguna seperti farmasi pesakit luar , farmasi bekalan /wad/unit of use , wadbersalin , wad perempuan/kanak-kanak , wad lelaki , dewan bedah , x-ray , makmal , bilik kecemasan , bilik rawatan ,dan pejabat TB.

c).Membekal secara stor integrasi kepada 7 Pusat Kesihatan/Klinik Kesihatan daerah Kota Marudu.

d).Membuat pesanan ke Remedi Pharmaceuticals dan Stor Perubatan Pusat Negeri .

Tugas tersebut hanya dilakukan oleh 1 orang pembantu tadbir (stor) dan dibantu oleh seorang attendan kesihatan. Tugas sepatutnya dilakukan oleh 2 orang pembantu tadbir dalam tugas pengstoran .

 

 

4. STOR MUDAH TERBAKAR.

Anggaran penggunaan ;

Oxygen 24 Cu. Ft. 140 silinder

Oxygen 48 Cu, Ft. 1200 silinder

Oxygen 120 Cu. Ft. 60 silinder

Peyimpanan silinder-silinder ,oxygen ,nitrous oxide,spirit dan alcohol ,ia terletak berhampiran dengan Stor Farmasi Hospital dan Farmasi Wad/Bekalan/Unit of use. Diuruskan oleh seorang attendan kesihatan dibawah pengawasan pembantu tadbir (stor).