Make your own free website on Tripod.com

 

VISI 2010 UNTUK PERKHIDMATAN FARMASI DAERAH TAWAU.

 

 

            UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN  FARMASI  YANG TERBAIK DEMI KESIHATAN  DAN  KESEJAHTERAAN PENDUDUK TAWAU KHASNYA DAN SABAH AMNYA.

 

 

            Visi 2010 perlu ada untuk menjadi panduan bagi Pegawai Farmasi dan kakitangan di Unit Farmasi  dan Pusat Kesihatan Kwasan Tawau khasnya dan Sabah amnya mencapai matlamat.  

 

 

            Bagi mencapai visi 2010 perancangan dan strategi perlu diadakan .Pada masa sekarang "Pharmaceutical Care" di Hospital Tawau iaitu:-

 

1.                  Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit luar menggunakan  sistem "Double checking" dan "Island Dispensing".

2.                  Kaunter Express untuk mempercepatkan pembekalan ubat bagi preskripsi yang mengandungi 1 atau 2 item.

3.                  Pembekalan ubat-ubatan kepada pesakit dalam menggunakan sistem "unit of use" Sekarang 8 wad telah dilaksanakan.

4.                  "Bed side Dispensing" bagi pesakit yang discharge dari wad sebelum pukul 11.00 pagi.

5.                  Pemeriksaan wad untuk menentukan penyimpanan ubat yang betul, berkeadaan baik, lengkap dengan label, cara merekod ubat-ubat terkawal dan stok mencukupi.

6.                  Kaunseling  pesakit bagi pesakit kronik seperti Darah Tinggi, Kencing Manis dan sebagainya.

7.                  Pusat maklumat ubat-ubatan (Drug information center).

8.                  Integrasi stor dimana bekalan ubat-ubatan ke Pusat-pusat Kesihatan Daerah Tawau dibekal melalui Stor Hospital.

 

 

STRATEGIK UNTUK MENCAPAI VISI 2010.

 

 

A.                 PERKHIDMATAN WAD FARMASI

 

a.                   Melaksanakan sepenuhnya pembekalan wad Farmasi menggunakan sistem "Unit               of use" di Hospital Tawau (15 wad semuanya) pada tahun 2000.

b.                  Melaksanakan sepenuhnya "Bed side Dispensing" bagi semua pesakit yang discharge  dari wad pada tahun ini.

c.                   Menghantar bekalan ubat-ubatan yang diinden ke wad dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2001.

d.                  "Bed side dispensing " hendaklah dilakukan oleh Pegawai Farmasi agar cara pengguanaan ubat-ubatan dapat diterangkan denagn lebih jelas dan terperinci. Dijangkakan dapat dilakukan pada tahun 2005.

e.         Memohon tambahan jawatan Pegawai Farmasi  seorang lagi pada tahun 2001 bagi melaksanakan kerja-kerja "Bed side dispensing"

 

 

B          PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL.

 

1.         PERKHIDMATAN NUTRISI PARENTERAL.

 

Perkhidmatan ini bertujuan menyediakan pencampuran  nutrisi yang steril dengan menggunakan teknik aseptik untuk pesakit-pesakit yang tidak boleh makan samada akibat penyakit saluran penghadaman atau selepas menjalani pembedahan yang melibatkan sebahagian besar gastro-usus yang mana perlu diberi secara parenteral.

Perkhidmatan ini dijangkkan dapat dimulakkan pada tahun 2002 kerana tempatnya perlu dibaiki dan anggaran kos untuk 'renovation' RM 50,000.00. Lagi pun kakitanagn perlu di beri latihan di Hospital Queen Elizebath. Pewujudan jawatan juga telah dipohon pada tahun 2000.

 

 

2.         PERKHIDMATAN FARMAKOKINETIK KLINIKAL.

 

Perkhidmatan ini bertujuan menghasilkan rawatan optima dalam jangka masa yang pendek, mengurangkan kesan toksik ubat dan mengenalpasti non-komplians terutama sekali dalam kalangan pesakit yang menerima rawatan jangka panjang.

Perkhidmatan ini dijangka dapat dimulkan pada tahun 2005 kerana kita memerlukan tempat dan mesin. Selain daripada itu juga kakitangan  seperti Pegawai Farmasi , pembantu farmasi dan attenden perlu diwujukan jawatan.

            Pewujudkan jawatan akan dibuat pada tahun 2001.

Mesin akan dipohon pada tahun 2001 dan tempat akan dibincangkan dengan pengarah apabila 2 bangunan wad baru siap dijangkkan pada tahun 2003.

 

 

 

C.           PENDIDIKAN UBAT-UBATAN.

 

1.            PERKHIDMATAN MAKLUMAT UBAT-UBATAN DAN RACUN.

 

Perkhidmatan ini bertujuan  untuk memberi maklumat back-up untuk perkhidmatan farmasi klinikal, memberi jawapan lisan/bertulis kepada pertanyaan mengenai ubat atau keracunan  kepada pelanggan. Perkhidmatan ini memang sudah dimulakan tetapi buat masa sekarang tiada bilik  dan kakitangan khas yang disediakan. Segala pertanyaan hanya melalui Pegawai Farmasi atau Pembantu Farmasi kanan untuk menyelesaikan. Dijangkan bilik khas akan diadakan pada tahun 2005 lengkap dengan peralatan  mesin fotostat,komputer, internat dan modem.

 

2.            PERKHIDMATAN KAUNSELING PESAKIT.

 

Perkhidmatan ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah tingkahlaku      pengambilan ubat yang mungkin menyumbangkan kepada kegagalan  terapeutik, membimbing pesakit penggunaan ubat denagn betul dan rasional. Perkhidamtan ini telah lama diwujudkan tetapi jumlah pesakit yang diberi kaunseling agak sedikit. Di jangkakan pada ini tahun ini jumlah pesakit yang diberi kaunseling akan bertambah  iaitu 1 % daripada jumlah pesakit. Begitu juga kaunseling secara berkumpulan akan dimulakkan pada pertengahan tahun ini.

 

 

3.           "PUBLIC HEALTH PHARMACY"

 

Buat masa sekarang perkhidmatan untuk memberi pendidikan mengenai ubat-ubatan kepada orang awam masih belum diadakan di Kawasan Tawau.

Cadangan semua Pusat Kesihatan pada tahun 2010 mesti ada jawatan Pegawai  Farmasi Kesihatan. Tugasnya memberi ceramah kepada orang awam, kanak-kanak sekolah ataupun maklumat ubat-ubatan diberi melalui radio. Selain itu juga adakan video tape yang mengandungi cara-cara pengambilan ubat dan penyimpanan ubat denagan betul dan penjagaan serta pemakanan yang sesuai bagi sesuatu jenis penyakit seperti Darah tinggi, kencing manais dan sebagainya . Bahasa yang digunakan dalam 3 bahasa iaitu bahasa malaysia, inggeris dan cina. Selain itu juga adakan laman Web dimana pesakit boleh mengetahui lebih lanjut ubat yang diambil . Ini juga dicadangkan dalam 3 bahasa.

 

 

 

D.           PENGURUSAN  SECARA AM.

 

 

1.                  PENGURUSAN FARMASI.

 

a.         Mengwujudkan jawatan Ketua Pegawai Farmasi di Hospital Tawau supaya semua kerja-kerja pengurusan dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pemohonan ini telah dibuat semenjak tahun 1997 lagi hingga sekarang.

b.                  Mengwujudkan 3 lagi jawatan Pegawai Farmasi iaitu untuk TDM, TPN dan "Bed side Dispensing". Permohonan jawatan akan dimulakkan pada tahun 2001.

c.                   Mengwujudkan jawatan Pembantu Farmasi seramai 11 orang lagi.

d.                  Mengwujudkan sistem "On-line" antara  Unit Farmasi Hospital Tawau dengan TPKN(F) agar semua surat menyurat dapat dibalas denagn segera tanpa dipos atau di Fax. Dijangkkan pada tahun 2007.

e.                   Mengwujudkan jawatan Pegawai Farmasi Kesihatan bagi semua Pusat-pusat Kesihatan Kawasan Tawau. Dijangkakankan pada tahun 2008.

f.                    Mengwujudkan jawatan tambahan Pembantu Farmasi disemua Pusat-pusat Kesihatan Kawasan Tawau. Setiap Pusat Kesihatan sekurang-kurangnya ada 3 Pembantu Farmasi hingga tahun 2010 nanti.

 

 

 

2.                  LATIHAN.

 

a.                   Melatih Pembantu Farmasi tahun ketiga sekurang-kurangnya 3 hingga 4 orang.

b.                  Melatih  Pegawai Farmasi Pelatih 2 orang.

c.                   Melatih pelajar Farmasi menjalani latihan seperti yang dikehendaki oleh Insititusi pengajian tinggi.

d.                  Memberi latihan kepada kakitangan yang ada sekarang dari masa kesemasa seperti kursus ulangkaji , bengkel dan seminar.

 

 

 

E.           PEMBEKALAN UBAT DAN BAHAN PERUBATAN.

 

 

a.                   Ubat-ubatan yang  dibekalkan dari pembekal ke Hospital hendaklah yang sudah     dibuat pembungkusan semula supaya memudahkan pembekalan ubat kepada pesakit. Lagipun jika ubat ini telah dibungkus dari pembekal label dan bungkusannya lebih cantik dan lebih bersih.

b.                  Begitu juga bukan ubat seperti gauze dan kapas hendaklah dibekalkan yang sudah dibungkus.

 

 

 

F.            "RATIONAL USE OF DRUG"

 

Beberapa kajian perlu dibuat mengenai diantara kajian yang dijangkkan akan dilaksanakan di Hospital Tawau ialah:-

 

a.                   Kajian penggunaan nama generik  akan dibuat pada pada bulan April 2000.

b.                  Kajian penggunan Antibiotik di Jabatan Pesakit Luar pada tahun 2001.

c.                   Kajian penggunaan antihyperlipidaemic pada tahun 2002.

 

Buat masa sekarng hanya tiga kajian yang perlu dilakukan dan lain-lain kajian tajuknya akan diberitahu kemudain.